02 Apr 2026
Lawatan pemantauan ke Produk Pelancongan di Daerah Tampin sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 (TMNS 2026).
Lawatan ini melibatkan wakil Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS), Pejabat Daerah dan Tanah Tampin (PDTT) serta Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas (PDKG), dimana beberapa lokasi hotspot pelancongan dilawati bermula dari Tampin sehingga ke Gemas.
Tinjauan ini diadakan bertujuan untuk menilai tahap kesiapsiagaan produk pelancongan, mengenal pasti potensi tarikan serta penambahbaikan yang perlu dilaksanakan bagi menyokong pelaksanaan TMNS 2026.


