Bengkel Pembangunan Kompetensi: Peranan, Tugas dan Standard Penguatkuasaan telah diadakan di Gemas Golf Resort dan telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin, YBhg. Pn. Suriani binti Salihan. Bengkel ini memberi fokus kepada pemahaman yang lebih jelas mengenai peranan, tanggungjawab serta standard penguatkuasaan, bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan kepada masyarakat.
Dengan pengukuhan ilmu dan kefahaman yang diperoleh, urusan serta proses kerja dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan lancar. Komunikasi yang berkesan menjadi asas utama dalam meningkatkan kecekapan, penyelarasan dan profesionalisme keseluruhan perkhidmatan.Terima kasih kepada semua yang menjayakan.


